X

RM240 Beg Hantar Makanan Di Malaysia

Di Malaysia, beg hantar makanan digunakan untuk membawa dan menhantar makanan. Penghantar makanan mengguna beg hantaran makanan untuk menyimpan dan membawa makanan yang baru dimasak di dapur restoran. Beg hantar makanan adalah beg yang mempunyai keupayaan untuk melindungi haba makanan. Beg hantar makanan boleh memastikan suhu makanan tidak akan berubah dengan cepat apabila penghantar makanan berada dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan. Beg penghantaran makanan juga merupakan beg yang tahan lasak. Hal ini disebabkan beg hantar makanan adalah diperbuat daripada kain dan bahan yang tebal dan kuat. Beg penghantaran makanan adalah sesuai digunakan untuk membawa makanan panas atau sejuk. Suhu makanan tidak akan berubah dengan mendedak. Selain itu, beg hantaran makanan boleh memastikan makanan tidak dicemari oleh udara yang kotor dan bakteria. Oleh itu, makanan akan sentiasa panas dan bersih apabila dibawa dengan menggunakan beg hantaran makanan di Malaysia.

 

Pengguna Beg Hantar Makanan

Penghantar makanan adalah pengguna utama beg hantar makanan di Malaysia. Penghantar-penghantar adalah orang yang bertanggungjawab menghantar makanan yang ditempah oleh pelanggan. Apabila dapur restoran siap menyediakan makanan yang ditempah, penghantar makanan akan meletakan makanan di dalam beg penghantaran makanan dan menuju ke alamat yang ditetapkan oleh pelanggan.

Penghantar makanan menggunakan beg penghantaran makanan kerana beg itu boleh memastikan suhu makanan tidak berudah dengan banyak apabila bertiba di alamat yang diberikan oleh pelanggan. Makanan masih akan panas apabila dihulurkan kepada pelanggan. Selain itu, beg hantar makanan boleh menjaga makanan daripada air hujan apabila penghantar menghantar makanan pada hari hujan.

 

Bahan Dan Kain Digunakan Untuk Membuat Beg Penghantaran Makanan

Beg penghantaran makanan adalah dibuat daripada kain oxford yang mempunyai lapisan resin vinyl. Kain oxford adalah sejenis kain yang tebal dan tahan lasak. Oxford kain tidak akan senang rosak atau koyak. Selain itu, oxford kain yang mempunyai resin vinyl adalah kalis air. Air tidak akan menembus lapisan vinyl dengan senang. Haba juga tidak akan hilang dengan cepat apabila beg hantar makanan dibalut dengan lapisan vinyl.

Bahagian dalaman beg penghantaran makanan adalah diperbuat daripada kerajang aluminium. Aluminium adalah lapisan logam yang boleh memantul haba. Oleh itu, haba tidak akan hilang dengan senang apabila berada dalam beg hantar makanan. Dengan itu, makanan panas yang diletakkan dalam beg tidak akan menjadi sejuk dalam masa yang panjang.

 

Cara-cara Mencari Dan Membeli Beg Hantar Makanan Di Malaysia

Di Malaysia, beg penghantaran makanan boleh dicari di dalam laman web seperti Mudah atau Amazon. Laman web itu mempunyai maklumat tentang beg penghantaran makanan dan cara-cara membeli beg itu. Pengguna boleh membeli beg hantar makanan di laman web seperti Amazon dan meminta penjual luar negara untuk menhantar beg itu kepeda mereka.

Selain cara itu, beg hantaran makanan boleh dibeli daripada pembekal beg atau kilang pembuatan beg di Malaysia. Kalau quantiti pembelian beg adalah cukup tinggi, pembeli boleh meminta kilang pembuatan beg untuk memberi servis “custom made”.

Pembeli juga boleh menembah beg hantar makanan di laman web pembekal di Malaysia. Laman web pembekal selalunya mempunyai maklumat-maklumat tentang beg-beg penghantaran makanan. Pembeli boleh membawa maklumat itu sebelum membuat keputusan yang selangjutnya.



Call 013-648 2500